Utama   /   Tentang NotaSEO
Tentang NotaSEO

Rekaan bertemu
pemikiran pemasaran.

NotaSEO menggabungkan pembinaan website, kandungan dan pengalaman SEO untuk membantu bisnes menyampaikan nilainya dengan lebih jelas.

Skop dipersetujui dahuluFokus pada matlamat bisnes
ASAS KEPAKARAN

2007

Kenal carian.
Faham kandungan.
Rancang website.

01 / PengasasAzham NotaSEO
02 / FokusWebsite, landing page & SEO
Di sebalik NotaSEO

Pengalaman SEO
sejak 2007.

NotaSEO diasaskan oleh Azham NotaSEO, yang berpengalaman dalam SEO sejak 2007. Pengalaman dalam carian dan kandungan membentuk cara kami memikirkan website: apakah yang pelanggan cari, maklumat apa yang membantu mereka dan bagaimana menjelaskan tawaran bisnes.

Setiap projek bermula dengan memahami bisnes anda. Siapa pelanggan sasaran? Apa yang anda mahu mereka faham? Apakah langkah yang patut mereka ambil selepas membaca?

Jawapan kepada soalan itu menjadi asas kepada struktur, kandungan dan arah rekaan. Matlamatnya ialah website yang mempunyai tujuan yang mudah difahami oleh pemilik bisnes dan pelanggan.

Prinsip kerja

Perkara yang menjadi
asas kepada setiap cadangan.

02

Pelanggan sebagai panduan

Susunan maklumat dan tindakan dirancang berdasarkan perkara yang pembaca perlu tahu.

03

Jangkaan yang realistik

Kami tidak menjanjikan ranking atau jualan tertentu. Cadangan menerangkan kerja yang dibuat dan batas skopnya.

Cara kami membantu

Solusi yang saling
melengkapi.

Bentuk website dipilih mengikut matlamat bisnes, bukan semata-mata bilangan halaman.

01

Website bisnes

Himpunkan profil, kepakaran dan servis untuk membina kehadiran jenama.

02

Landing page

Fokuskan penerangan pada satu tawaran atau kempen tertentu.

03

SEO & kandungan

Bina struktur dan jawapan yang relevan dengan keperluan carian pelanggan.

04

Penambahbaikan website

Bincang masalah pada susunan, kandungan dan laluan pertanyaan website sedia ada.

Keperluan dan skop akhir setiap projek dipersetujui secara khusus. Kita mulakan dengan perbincangan tentang bisnes anda.
Langkah seterusnya

Bina website dengan
hala tuju yang jelas.

Kongsikan jenis bisnes, matlamat dan keperluan anda. Kita mulakan dengan skop yang jelas.

Bincang di WhatsApp ↗

+60 14-320 7001

Scroll to Top