Utama   /   Website Bisnes
Website Bisnes

Beri jenama anda
rumah digital sendiri.

Himpunkan profil, kepakaran dan servis dalam website yang mudah difahami. Bantu pelanggan mengenali bisnes anda sebelum mereka memulakan perbualan.

Skop dipersetujui dahuluFokus pada matlamat bisnes
STRUKTUR YANG TERARAH

Setiap halaman
ada peranan.

01 / UtamaKenali nilai
02 / ServisFahami pilihan
03 / TentangBina keyakinan
04 / HubungiAmbil tindakan
Bila website bisnes sesuai?

Satu destinasi untuk
maklumat yang pelanggan perlukan.

02

Anda mahu memperkukuh jenama

Profil, pengalaman, cara kerja dan identiti visual disusun supaya bisnes lebih mudah dikenali serta dinilai.

03

Maklumat anda berada di banyak tempat

Website menjadi rujukan yang boleh dikongsi melalui iklan, media sosial, kad bisnes dan perbualan jualan.

Perancangan projek

Apa yang kita
susun bersama.

Bilangan halaman dan fungsi ditentukan mengikut keperluan. Antara perkara yang boleh dimasukkan dalam skop website bisnes:

01

Halaman utama

Jelaskan siapa anda bantu, masalah yang diselesaikan dan tindakan seterusnya.

02

Halaman servis

Susun manfaat, penerangan dan soalan penting untuk setiap servis utama.

03

Profil bisnes

Perkenalkan latar belakang, pengalaman dan perkara yang membezakan jenama anda.

04

Rekaan mesra telefon

Sesuaikan susunan, teks dan navigasi untuk saiz skrin berbeza.

05

Laluan pertanyaan

Hubungkan pelanggan ke WhatsApp atau kaedah hubungan yang dipersetujui.

06

Asas SEO & semakan

Rancang tajuk dan struktur kandungan, kemudian semak pautan serta fungsi sebelum live.

Domain, hosting, penulisan, imej, fungsi khas dan penyelenggaraan dinyatakan dalam cadangan projek. Senarai ini ialah panduan perancangan; skop akhir dipersetujui sebelum pembinaan.
Cara kerja

Langkah yang jelas.
Semakan bersama.

01

Kenali bisnes

Bincang pelanggan sasaran, servis utama dan matlamat website.

02

Tetapkan struktur

Persetujui halaman, kandungan, rekaan dan skop fungsi.

03

Bina & kemaskan

Semak draf bersama dan selaraskan kandungan serta paparan.

04

Semak & lancar

Periksa halaman dan laluan pertanyaan sebelum pelancaran.

Soalan lazim

Perkara penting
sebelum bermula.

Masih ada soalan? Ceritakan keperluan anda melalui WhatsApp.

Berapa halaman yang saya perlukan?

Bergantung pada servis dan jumlah maklumat. Kita tentukan halaman berdasarkan perkara yang pelanggan perlu tahu, kemudian nyatakan bilangannya dalam cadangan.

Saya belum ada kandungan. Boleh mula?

Boleh mula dengan perbincangan. Kita senaraikan maklumat yang diperlukan dan tentukan sama ada penulisan atau penyusunan kandungan perlu dimasukkan dalam skop.

Boleh kemas kini website yang sudah ada?

Boleh dibincangkan selepas melihat keadaan website, akses dan perubahan yang diperlukan. Cadangan mungkin melibatkan penambahbaikan atau pembinaan semula mengikut keperluan.

Adakah penyelenggaraan termasuk?

Keperluan kemas kini, backup dan sokongan selepas penyerahan perlu dinyatakan dalam skop. Kita jelaskan perkara ini sebelum projek bermula.

Langkah seterusnya

Rancang website
yang sesuai untuk bisnes anda.

Kongsikan jenis bisnes, matlamat dan keperluan anda. Kita mulakan dengan skop yang jelas.

Bincang di WhatsApp ↗

+60 14-320 7001

Scroll to Top